Maryam, dari ayat 1~10;
1. Kaaf Haa Yaa ‘Ain Shaad, (yang cukup, yang
memimpin, yang berkuasa, yang sangat mengetahui, yang benar).
2. Ini
sebutan rahmat Tuhan mu akan hambanya, Zakaria.
3. Ingatlah
tetakala ia seru Tuhan nya dengan satu seruan yang perlahan.
4. Ia
berkata; “hai Tuhan ku ! telah lemah
tulang ku dan telah penuh uban dikepala ku, dan bukan lah aku, hai Tuhan ku !
orang yang sial tentang berdoa kepada mu.
5. “Dan sesungguhnya aku khuatir perbuatan
kaum keluarga ku dibelakang ku, dan adalah isteri ku mandul, oleh kerana itu,
berilah kepada ku dari kurnia mu seorang pengurus”.
6. “Yang boleh mewarisi akan daku dan boleh
mewarisi kaum keluarga Yaakub, dan jadikan lah dia, hai Tuhan ku ! seorang
yang diredhai”.
7. Ya
Zakaria ! sesungguhnya kami girangkan mu dengan seorang anak yang nama nya Yahya, yang dahulu dari ini belum pernah kami adakan
yang senama dengan nya.
8. Ia berkata; “hai Tuhan ku ! bagaimana kah boleh
ada bagi ku seorang anak pada hal adalah isteri ku mandul, dan sesungguhnya aku
sendiri telah mencapai setua-tua umur”.
9. Ia
menjawab; “demikianlah !” berkata Tuhan mu; “ini mudah bagi ku, kerana
sesungguhnya aku telah jadikan mu dahulu, sedang kan engkau belum jadi
sesuatu”.
10. Ia
berkata; “hai Tuhan ku ! adakan lah satu tanda”. Ia berfirman; “tanda mu, bahawa engkau tidak
akan berkata dengan manusia selama tiga malam, sedangkan engkau sihat”.
.
.
.
Following
[] https://plus.google.com/100446126578125899343/posts/61324dfW3Fz
.